Negara kita sekarang dikejutkan dengan serangan wabak H1N1. Makin hari semangkin bertambah dan klinik dan hospital dibanjiri pesakit yang bertali arus. Hospital penuh sesak dan setiap hari ada saja pesakit yang mendapatkan rawatan, semoga penyakit ini akan reda dan lenyap dengan segera. Tak terkecuali aku yang sakit demam panas yang berterusan sehingga hampir 2 minggu. Banyak klinik yang telah ku kunjungi tapi sekarang penyakitku beransur-ansur reda. Aku berdoa agar sembuh dengan segera. Maklumlah nak menghadapi bulan puasa.
Banyak kerja yang tergendala , ramai yang email dan msg kenapa mendiamkan diri je. Tapi mereka tak tau yang aku sebenarnya sakit. Kedai onlineku dipenuhi dengan pesanan-pesanan cadar, baju dan keperluan untuk persediaaan raya. Maaf pelanggan-pelangganku... terima kasih kerana yakin dengan barang-barang yang ku jual. Insaallah akan ku penuhi kehendak pelanggan sekelian.
aku berdoa semoga negara kita akan terhindar dari sebarang malapetaka. Kepada rakan-rakan dan pelanggan setiaku saya ucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan dan mudah-mudahan amalan rakan sekelian akan diberi ganjaran oleh Allah Subhanallahuwataala. Amin....
Ada kedai online? Promosilah... bagitau url. kalau x beli pun mungkin boleh window shopping. Samalah kita, saya pun kena demam jugak, lain macam jer demam ni, nasib baik x h1n1. Dua mingggu saya cuti x boleh kerja....
ReplyDelete