Assalamualaikum.....
Minggu lalu aku kembali ke kampung. Terasa seronok juga balik ke kampung. Kenangan-kenangan yang lalu terimbas kembali. Cuma aku rasa perubahan tidak banyak berlaku. Kawasan dipersimpangan sekolah tidak se meriah dulu lagi . Tempat itulah yang selalu menjadi tempat saya bersimbang sementara menunggu bermain bola sepak pada sebelah petang.
Kedai Hj Kassim dan kedai Wak Kipol tempat aku makan dan minum air batu telah tiada lagi. Tinggal kenangan. Panggung wayang telah dirobohkan. Tapi aku tak merasa tengok wayang disitu kerana masa itu aku masih kecil. Yang ada cuma bangunan lama saja yang hampir roboh.
Teringat dimana rakan-rakan ku dulu. Mashan Jalil, Asnai, Bakar, Halim Omar, Salim kamilan ,Dali, Akib, Rahim dan lain-lain. Terlalu ramai tak tersebut aku.
Aku bangga dengan kampungku. Sebuah kampung yang terkenal dengan madrasahnya, kiayi Hj Sohali dan masyarakat kampungnya yang mesra. Ramai anak-anak kampung yang telah berjaya menjadi usahawan, pensyarah bertaraf prof. , pengarah agensi kerajaan, jurutera, juruterbang dan lain-lain lagi. Semoda anda semua berjaya dan diberkati Allah.
Kepada rakan-rakan yang dah berjaya bantulah anak-anak kampung kita. jasamu diperlukan......... Semoga Allah memberkatimu.
Sekian dulu untuk kali ini. Wasalam...
Wednesday, March 25, 2009
Tuesday, March 24, 2009
Salam Sejahtera
Assalamualaikum,
Saya baru saja melancarkan blog saya untuk rakan-rakan, anak tempatan Seri Merlong dan semua yang ingin berkongsi pengalaman dengan saya. saya berharap dengan adanya blog saya ini akan memberi peluang kepada anak tempatan kampung seri merlong yang berada di kampung atau yang jauh merantau dapat meluangkan masa untuk memberi idea dan pendapat supaya kita dapat bersatu dan mengimbas kembali kenangan kita yang lalu. Saya amat berharap kepada anak-anak kampung seri merlong yang merantau atau ahli-ahli professional anak kampung dapat menyumbang pengalaman dan pengetahuan kepada anak-anak kampung kita..
Walaupun blog saya ini masih belum lengkap sepenuhnya tetapi saya rasa , tidak menjadi masalah kepada kita untuk menyatu padukan anak-anak seri merlong. saya akan lengkapkan blog saya ini dalam waktu yang terdekat ini.
Segala kesulitan saya mohon maaf.
Sekiranya anda ada idea dan pendapat silakan emailkan kepada saya di : www.MerlongKampungku@gmail.com
Terima kasih.

Subscribe to:
Posts (Atom)