Wednesday, March 25, 2009

Berbakti pada kampung kita..

Assalamualaikum.....
Minggu lalu aku kembali ke kampung. Terasa seronok juga balik ke kampung. Kenangan-kenangan yang lalu terimbas kembali. Cuma aku rasa perubahan tidak banyak berlaku. Kawasan dipersimpangan sekolah tidak se meriah dulu lagi . Tempat itulah yang selalu menjadi tempat saya bersimbang sementara menunggu bermain bola sepak pada sebelah petang.
Kedai Hj Kassim dan kedai Wak Kipol tempat aku makan dan minum air batu telah tiada lagi. Tinggal kenangan. Panggung wayang telah dirobohkan. Tapi aku tak merasa tengok wayang disitu kerana masa itu aku masih kecil. Yang ada cuma bangunan lama saja yang hampir roboh.
Teringat dimana rakan-rakan ku dulu. Mashan Jalil, Asnai, Bakar, Halim Omar, Salim kamilan ,Dali, Akib, Rahim dan lain-lain. Terlalu ramai tak tersebut aku.
Aku bangga dengan kampungku. Sebuah kampung yang terkenal dengan madrasahnya, kiayi Hj Sohali dan masyarakat kampungnya yang mesra. Ramai anak-anak kampung yang telah berjaya menjadi usahawan, pensyarah bertaraf prof. , pengarah agensi kerajaan, jurutera, juruterbang dan lain-lain lagi. Semoda anda semua berjaya dan diberkati Allah.
Kepada rakan-rakan yang dah berjaya bantulah anak-anak kampung kita. jasamu diperlukan......... Semoga Allah memberkatimu.

Sekian dulu untuk kali ini. Wasalam...

No comments:

Post a Comment

" Sila tinggalkan komen anda "