Semalam aku pergi merayap mencari barang keperluan hari raya. Aduh.....kopak banyak juga poket aku. Tapi disebabkan setahun sekali , aku pun hulur juga pada juruwang. Tapi masaalahnya nak bayar pun susah. Berbaris orang menunggu. Yang sedihnya dalam bulan puasa ni ramai yang tak faham bahasa. Tak jaga perasaan orang. Suka-suka aje potong Q. Dah tu tak sabar pulak. nak marah-marah pada orang kaunter. Hai....sabarlah.... puasa bukan saja menahan diri dari makan dan minum tapi juga menahan diri dari sifat amarah, tamak, bongkak dan haloba.
Selesai shoping aku pergi kedai kain pulak. Orang rumah nak cari alas meja . Hai...lenguhnya kaki aku. Orang perempuan ni memanglah , kalau nak shoping tak cukup 3 jam. Lepaklah aku macam ni. Sambil menunggu orang rumah membelek kain aku tunggulah kat depan kedai, melihat gelegat manusia yang sibuk membeli belah.
Sambil melihat gelagat orang , pandanganku terlihat beberapa orang yang sedang bekerja memasang devider jalan. Panas terik macam ni bertungkus lumus mencari rezeki. Tapi yang paling sedih dibulan ramadhan ni , minum ditempat terbuka macam tak ada apa-apa. Orang melayu dan beragama islam pulak . Kita pun faham jugak kalau panas terik dan kerja macam ni memang tak tahan berpuasa. Tapi jangan nak ditunjuk-tunjuk pada orang. Jagalah maruah dan martabat diri... hai apalah yang nak jadi pada manusia jenis ini.
Bila dah penat shoping aku pergilah bazaar ramadhan di kampung Dato' Onn. Nak masak pun dah tak sempat. Mana taknya pusing keliling bandar batu pahat mana tak lepak. Aku dan orang rumah terpingga-pingga nak beli apa. Banyak sangat makanan. Berbagai-bagai makanan dah cuba sampai tak tau nak makan apa hari ini. Aku cakap dengan orang rumah aku, sambar apa-apa ajelah. Aku pun sambar nasi kerabu , sedikit lauk dan juga air. Hai...mewahnya kita ni. macam-macam dapat rasa makanan. Kesihan saudara-saudara kita yang berada di negara miskin. Nak makan pun payah.
Syukur pada Allah yang memberi kenikmatan kepada kita. Semoga aku menjadi orang yang sentiasa bersyukur dan mengingatimu ya Allah. Amin....
No comments:
Post a Comment
" Sila tinggalkan komen anda "