Hari raya telah menjejaki hari ke 10. Saya rasa terlalu cepat berlalu. Tak sempat pun nak menziarahi rakan dan taulan. Sibuk dengan baraan dan marhaban. Raya kali ini nampak begitu meriah, almaklumlah ekonomi telah semangkin pulih. Tapi harus ingat jangan sampai berhabis duit , nanti kita juga yang rugi. Berpada-padalah kalau berbelanja.
Hari raya pertama saya balik ke Seri Merlong. Pergi menziarahi kubur ayah dan keluarga. Singgah beraya di rumah pak cik Aini dan Mak Nah di Pt. Gantong. Dapat jumpa juga sepupuku yang tinggal di Kuantan, lama tak jumpa.Tapi sayang rakan-rakan dulu ramai yang dah tiada di kampung. Tak nampak batang hidung pun mereka. Mungkin mereka juga sibuk.Petang balik ke semerah . Raya kedua dan ketiga ada marhaban dari rumah ke rumah. Biasanya ditempat tinggalku marhaban diadakan pada hari raya kedua. Berziarah dari rumah ke rumah.
Raya keempat saya bercadang nak balik ke Seri Merlong, tapi ada halangan. Pak Cik isteriku meninggal dunia, Tuan Hj kamit Bin Marjo. Mudah-mudahan Pak Cikku akan diletakkan dalam golongan orang-orang yang beriman. Amin...
Raya keenam saya balik Seri Merlong. sampai rumah Mak rehat dan pergi sembahyang Jumaat. Kebetulan rumah emakku sebelah masjid seri Merlong.petang menziarahi Pak cikku Hj Hasbullah di Pt gantong. Lepas tu saya pergi Pt Tengah menziarahi makcikku dan mak udaku Banon terus saya balik semerah.
Sekarang dah mula kerja. Dapat jumpa rakan-rakan dan saling bermaafan. Begitulah rutin kita setiap tahun. Semoga kita dapat jumpa lagi tahun depan. Kesempatan ini saya ingin mengucapkan Selamat hari raya maaf Zahir dan batin kepada Pak Cik saya di Shah Alam Dato' Sumadi Bin Hj Ismail serta keluarga, Semua keluarga di Pt 7, Sungai Leman Sekinchan Selangor, kepada rakan-rakan di Seri Merlong Rengit Batu Pahat Johor, bekas anak-anak murid saya dan rakan-rakan yang mengunjungi blog saya dan seluruh kaum muslimin dan muslimat di Malaysia.
No comments:
Post a Comment
" Sila tinggalkan komen anda "