Monday, December 14, 2009

Lapuran suratkhabar Kembalinya Kerahmatullah Cikgu Elias bin Ismail


Dua lemas ditelan ombak
Oleh Mohd Nasif Badruddinmnasif@hmetro.com.my

DUNGUN: “Kami hendak balik ke Johor, tetapi abah hendak sangat datang ke sini sebab kami sekeluarga pernah ke sini 16 tahun dulu,” kata Nashrah Farahiyah Elias, 19, anak kepada Elias Ismail, 54, yang mati lemas bersama menantunya di Pantai Rantau Abang di sini, kira-kira jam 10 pagi semalam.Menurutnya, dia tidak menyangka kunjungannya ke destinasi pelancongan terkenal dengan penyu itu berakhir dengan tragedi apabila abang iparnya, Badrisham Abd Majid, 29, yang mandi bersama pagi semalam turut menemui ajal.Katanya, sejak seminggu lalu mereka sekeluarga datang dari Johor untuk bercuti di Pantai Timur dan menginap di sebuah resort di Cherating, Pahang sebelum ke Terengganu dan mendaftar masuk di sebuah chalet di Rantau Abang jam 10 malam kelmarin.Nashrah Farahiyah berkata, mereka berlima termasuk ibunya, Latifah Abdullah, 50-an dan kakaknya, Atiqah Elias, 27, mengambil kesempatan mandi di pantai, kerana bercadang pulang ke Johor pada sebelah tengah hari.
“Selepas puas mandi, ketika hendak naik, abang ipar tiba-tiba tidak dapat naik kerana ditarik ombak kuat.“Melihatkan keadaan cemas itu, abah cuba membantu kerana dia pandai berenang, tetapi dia juga dihanyutkan arus walaupun sempat memegang abang ipar,” katanya ketika ditemui Harian Metro di Hospital Dungun (HD), semalam.Bimbang dengan kejadian itu, Nashrah Farahiyah meminta bantuan pekerja chalet terbabit membantu menarik bapa dan abang ipar ke tepi pantai, tetapi kedua-duanya meninggal dunia selepas hampir setengah jam bertarung nyawa.Pengusaha chalet terbabit menghubungi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dan membawa kedua-dua mangsa ke HD untuk bedah siasat.Mayat Elias yang bertugas sebagai guru di Sekolah Menengah Teknik Batu Pahat, dibawa balik keluarganya untuk dikebumikan di Batu Pahat, manakala Badrisham ke Shah Alam, Selangor.Lebih memilukan Atiqah yang kini mengandung empat bulan serba salah sama ada untuk mengiringi jenazah bapa atau suami.Sementara itu, Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Dahlan Mohd Noor, ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan memberitahu kematian mangsa disebabkan mati lemas. Sehubungan itu, Dahlan menasihatkan orang ramai supaya berhati-hati ketika mandi laut di pantai Terengganu kerana ombak musim tengkujuh masih belum reda.

Kembalinya Kerahmatullah Cikgu Elias Bin Ismail

Petang sabtu aku balik kampung di Seri Merlong Rengit. Dah lama aku tak balik sebab banyak kerja yang perlu diselesaikan. Selalunya bila ada masa terluang aku balik ke kampung. Hari tu cuaca agak mendung. Dari semalam aku rasa tak sedap hati tapi tak tau apa sebabnya. Kul 5 tg aku sampai rumah.
Esoknya aku terjaga bila terdengar azan subuh. Aku bangun dan membersihkan diri dan terus ke masjid. Lepas sembahyang di masjid aku balik rumah dan terus minum pagi. Sambil berbual-bual dengan keluarga aku menonton TV. Hari ni ada jemputan kahwin di Kg Sungai Kluang Rengit Batu Pahat. Aku pergi kerumah pengantin kul 11.00 pagi.
Sampai d rumah pengantin aku berbual-bual dengan saudara-saudaraku kerana lama tak jumpa. Dan aku pun terus makan. Sedang aku makan ada panggilan talipon, oh...dari cikgu mazuan. Aku dengar suara sayup-sayup kerana bising dengan suara DJ hari tu. Cikgu Elias Ismail telah kembali ke rahmatullah pukul 11.00 pagi tadi kerana lemas d trengganu. Aku tersentak dan aku terus berhenti makan. Aku capai talipon dan terus hubungi cikgu Bahanin, dan sah berita tu memang betul. aku terus pulang ke semerah. dalam perjalanan taliponku tak henti berdering kerana berita tadi. Anak-anak murid yang mengenalinya nak pengesahan berita tu.
Sampai di Bandar BP ramai rakan berkumpul di restoran Maryam di Jln. Rahmat. Aku terus balik ke rumah setelah diberitahu yang jenazah akan sampai kul 11.00 malam.
Pukul 9.30 malam semua rakan-rakan guru berkumpul di rumah ibu arwah di Jln. mustafa Batu Pahat. Ramainya rakan-rakan dan saudara. Rakan-rakan guru Teknik dari Jb, Kluang, Muar, Kl, Trengganu, Segamat dan lain-lain berkumpul disini. Jenazah sampai jam 12.15 malam. aku mengambil kesempatan menatap jenazah rakanku buat kali yang terakhir. Allah lebih menyayanginya. Tetamu terlalu ramai dan rakan-rakan semua nak mengambil kesempatan untuk menyembayangkan jenazah. Pihak keluarga telah mengambil keputusan untu disembahyangkan di tanah lapang di halaman rumah. Dan jenazah dikebumikan pada pukul 1.15 pagi. Mudah-mudahan rohnya di masukkan dalam golongan orang-orang yang beriman. Al-fatihah.