Monday, December 14, 2009

Lapuran suratkhabar Kembalinya Kerahmatullah Cikgu Elias bin Ismail


Dua lemas ditelan ombak
Oleh Mohd Nasif Badruddinmnasif@hmetro.com.my

DUNGUN: “Kami hendak balik ke Johor, tetapi abah hendak sangat datang ke sini sebab kami sekeluarga pernah ke sini 16 tahun dulu,” kata Nashrah Farahiyah Elias, 19, anak kepada Elias Ismail, 54, yang mati lemas bersama menantunya di Pantai Rantau Abang di sini, kira-kira jam 10 pagi semalam.Menurutnya, dia tidak menyangka kunjungannya ke destinasi pelancongan terkenal dengan penyu itu berakhir dengan tragedi apabila abang iparnya, Badrisham Abd Majid, 29, yang mandi bersama pagi semalam turut menemui ajal.Katanya, sejak seminggu lalu mereka sekeluarga datang dari Johor untuk bercuti di Pantai Timur dan menginap di sebuah resort di Cherating, Pahang sebelum ke Terengganu dan mendaftar masuk di sebuah chalet di Rantau Abang jam 10 malam kelmarin.Nashrah Farahiyah berkata, mereka berlima termasuk ibunya, Latifah Abdullah, 50-an dan kakaknya, Atiqah Elias, 27, mengambil kesempatan mandi di pantai, kerana bercadang pulang ke Johor pada sebelah tengah hari.
“Selepas puas mandi, ketika hendak naik, abang ipar tiba-tiba tidak dapat naik kerana ditarik ombak kuat.“Melihatkan keadaan cemas itu, abah cuba membantu kerana dia pandai berenang, tetapi dia juga dihanyutkan arus walaupun sempat memegang abang ipar,” katanya ketika ditemui Harian Metro di Hospital Dungun (HD), semalam.Bimbang dengan kejadian itu, Nashrah Farahiyah meminta bantuan pekerja chalet terbabit membantu menarik bapa dan abang ipar ke tepi pantai, tetapi kedua-duanya meninggal dunia selepas hampir setengah jam bertarung nyawa.Pengusaha chalet terbabit menghubungi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dan membawa kedua-dua mangsa ke HD untuk bedah siasat.Mayat Elias yang bertugas sebagai guru di Sekolah Menengah Teknik Batu Pahat, dibawa balik keluarganya untuk dikebumikan di Batu Pahat, manakala Badrisham ke Shah Alam, Selangor.Lebih memilukan Atiqah yang kini mengandung empat bulan serba salah sama ada untuk mengiringi jenazah bapa atau suami.Sementara itu, Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Dahlan Mohd Noor, ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan memberitahu kematian mangsa disebabkan mati lemas. Sehubungan itu, Dahlan menasihatkan orang ramai supaya berhati-hati ketika mandi laut di pantai Terengganu kerana ombak musim tengkujuh masih belum reda.

No comments:

Post a Comment

" Sila tinggalkan komen anda "