Thursday, July 22, 2010

Sk Seri Merlong di Facebook

Hari ni aku ngok facebook, kalau ada dapat bertemu kawan-kawan lama yang dah terputus hubungan. Tetiba terjumpa plak fb sksm. Baik gak ni ,aku pun add. dapatlah terjumpa seorang dua yang aku kenal. tapi rata-rata adik-adik yang jauh umurnya ngan aku. Tapi tak pelah sekurang-kurang aku dapat mengenali latar belakangnya. mungkin anak-anak kawan aku kat kampung dulu. Selain drp tu jga aku dpt mengetahui berita-berita bekas-bekas cikgu2 kita dulu.

Tahniahlah sekurang-kurang kita dapat mengeratkan siratulrahim. Mungkin juga kita dapat membantu sksm, tempat yang pernah mendidik kita dulu. Ramai yang dah berjaya tetapi sumbangannya terhadap sksm tak macam indah tak indah je. Kurangnya kesedaran atau nak jaga status.

kalau ada adik-adik yang nak menyumbang pada sksm silakan. Bukannaya dalam bentuk wang ringgit je, idea ,tenaga dan berbagai-bagai lagi. Semoga Sekolah Kebangsaan Seri Merlong akan tetap teguk dan unggul .

Tuesday, July 20, 2010

Rindu Lambaian Kampung

Minggu lepas ingat nak balik kampung tapi tergendala plak. Banyak gi jemputan kawin. Ada je masalah bila nak balik kampung. Dah sebulan tak balik kampung. Ingatkan minggu ni nak balik kampung, harap-harap tak ada masalah. Dengar khabar kampung nak ada majlis pecah tanah depan rumahku, untuk madrasah dan sekolah tahfiz. Mudah-mudahan berjaya. Tambah lagi pusat ilmu kat kampung kita.

Tapi bila balik kampung tu, tak tau nak buat apa. Member dah tak ada kat kampung. Nak ngeteh pun payah. Balik kampung kawan-kawanku ,kita ngeteh macam dulu.Kan seronok. Kita gegarkan kampung. Tapi tak mungkin semua dah tinggal jauh-jauh. Hanya kenangan je yang ada dalam bayangan.

Sunday, July 18, 2010

Bersyukur dengan kurniaan Allah

Alhamdulillah , aku memang sentiasa bersyukur dengan kurniaan Allah yang  tak ternilai harganya. Nikmat kesihatan, nikmat makanan,nikmat kegembiraan,nikmat rezeki,nikmat zuriat yang baik dan berbagai-bagai lagi yang tak dapat aku sebutkan kerana terlampau banyaknya.

Berapa ramaikah antara kita yang bersyukur terhadap kurniaan yang Allah telah berikan.Mudah-mudahan kita semua akan sentiasa bersyukur dengan mengerjakan amalan yang tuhan telah tentukan pada kita. Semoga kita akan bergembira didunia dan di akhirat.