Minggu lepas ingat nak balik kampung tapi tergendala plak. Banyak gi jemputan kawin. Ada je masalah bila nak balik kampung. Dah sebulan tak balik kampung. Ingatkan minggu ni nak balik kampung, harap-harap tak ada masalah. Dengar khabar kampung nak ada majlis pecah tanah depan rumahku, untuk madrasah dan sekolah tahfiz. Mudah-mudahan berjaya. Tambah lagi pusat ilmu kat kampung kita.
Tapi bila balik kampung tu, tak tau nak buat apa. Member dah tak ada kat kampung. Nak ngeteh pun payah. Balik kampung kawan-kawanku ,kita ngeteh macam dulu.Kan seronok. Kita gegarkan kampung. Tapi tak mungkin semua dah tinggal jauh-jauh. Hanya kenangan je yang ada dalam bayangan.
No comments:
Post a Comment
" Sila tinggalkan komen anda "