Hari ni aku ngok facebook, kalau ada dapat bertemu kawan-kawan lama yang dah terputus hubungan. Tetiba terjumpa plak fb sksm. Baik gak ni ,aku pun add. dapatlah terjumpa seorang dua yang aku kenal. tapi rata-rata adik-adik yang jauh umurnya ngan aku. Tapi tak pelah sekurang-kurang aku dapat mengenali latar belakangnya. mungkin anak-anak kawan aku kat kampung dulu. Selain drp tu jga aku dpt mengetahui berita-berita bekas-bekas cikgu2 kita dulu.
Tahniahlah sekurang-kurang kita dapat mengeratkan siratulrahim. Mungkin juga kita dapat membantu sksm, tempat yang pernah mendidik kita dulu. Ramai yang dah berjaya tetapi sumbangannya terhadap sksm tak macam indah tak indah je. Kurangnya kesedaran atau nak jaga status.
kalau ada adik-adik yang nak menyumbang pada sksm silakan. Bukannaya dalam bentuk wang ringgit je, idea ,tenaga dan berbagai-bagai lagi. Semoga Sekolah Kebangsaan Seri Merlong akan tetap teguk dan unggul .
No comments:
Post a Comment
" Sila tinggalkan komen anda "