Monday, May 25, 2009

Apa-apa aje...

Minggu ini peperiksaan setengah tahun masih berjalan.Saya baru balik dari kursus di hotel Katerina selama seminggu.Banyak kerja yang menunggu yang perlu saya siapkan.Tanggung jawab perlu dilaksanakan.Banyak yang saya nak muatkan tetapi masa tak mengizinkan.Majlis hari guru pun belum saya muatkan.Hujung minggu ini pulak kejohanan softball peringkat kebangsaan akan diadakan disekolahku, di SM Teknik Batu Pahat.Insaallah saya akan muatkan untuk tatapan.

Wednesday, May 6, 2009

Saat-saat gemilang

Pada 23hb, 24hb dan 25hb April yang lalu pertandingan softbal peringkat daerah Batu Pahat telah diadakan di sekolahku iaitu sekolah menengah Teknik Batu Pahat dan di smk Munshi Sulaiman Batu Pahat. Pertandingan tersebut terdiri daripada pasukan lelaki dan pasukan perempuan dari sekolah-sekolah seluruh daerah Batu Pahat Johor.




Tidak ketinggalan sekolahku yang menyertai kategori lelaki dan perempuan. Pasukan Lelaki sekolahku telah menjadi johan Lelaki peringkat Daerah Batu Pahat Johor, manakala pasukan perempuan telah dimenangi oleh sekolah Menengah Convent Batu Pahat. Yang membangakan juga pasukan perempuan telah merangkul tempat ketiga peringkat daerah .


Syabas kepada semua pemenang. Semoga terus berjaya dengan cemerlang.

Monday, May 4, 2009

Perjalananku

Hari ini hari selasa. Aku masuk kerja agak lewat sikit kerana ada kelas petang. Masuk pukul 10.00 pagi. Perjalananku dari rumah di Semerah ke Bandar Batu Pahat melalui jalan yang agak lenggang . Cuma kawasan bandar je yang sibuk sikit. Di Kampung Kenangan Dato' Onn ada pasar tani. Berpusu-pusu orang membeli barang keperluan dan sayur sayuran yang segar.
Aku membelokkan kereta ke arah Jalan Kluang tempat dimana aku bertugas, Sek. Men. Teknik Batu Pahat. Jalan ini agak sibuk dan tersekat-sekat kerana kerja-kerja penambahan jalan. Kereta pun agak banyak sebab jalan ini banyak kilang-kilang, komplek beli belah , sekolah-sekolah, pusat pengajian Tinggi dan gerai-gerai.
Aku sampai sekolah pukul 9.45 pagi dan terus masuk ke pejabat. Suasana tenang saja sebab pelajar sedang belajar di kelas-kelas . Aku terus membuat kerja-kerja yang sepatutnya aku siapkan. Mudah-mudahan hari ini menjadi hari yang bahagia buatku. Amin....

Niat Yang tak Kesampaian

Salam..
Cuti minggu agak panjang juga. 3 hari. Aku berangan-angan juga nak balik kampung kerana katanya dikampung ada pesta kebudayaan Warisan Negeri Johor peringkat negeri. Hebat juga rasanya. Bermacam-macam kebudayaan tradisional akan berkampung di Seri Merlong. Bagus juga sekurang-kurangnya perniagaan di Seri Merlong akan mendapat tempiasnya terutama warong abang Wan dan Roti canai bang Man. Komplek di Seri Merlong Riuh rendahlah dengan bunyi bunyian alat kebudayaan Tradisional. Berangan-angan juga nak ambil gambar untuk di masukkan dalam blog ini, tapi nampaknya hajat saya nak balik kampung tak kesempaian.
Fikir punya fikir tak jadi nak balik kampung kerana minggu ini nak kena balik lagi kata abang aku. Ya tak ye jugak sebab minggu ini sepupuku En. Maulana dan Pn. Norsiah di kampung Parit Tengah Seri Merlong nak adakan majlis kenduri perkahwinan anak dia. Anak saudara akulah juga. Harap-harap majlis berjalan lancar. Ah... balik minggu ini sekalilah .
Pagi tadi aku updatekan laman blog aku. Tup....tup ada komen plak. dari siapa ni ? Rupa-rupanya dari blogger anak kampung Bagan darat Seri Merlong iaitu En. Ardzham. Memang kenal sangat dengan bapak dia. kampung tu tempat aku main-main kat situ. Ramai juga yang aku kenal, Pak Hashim, Hj Maulani, Kang Aris, Kang Janukis dan ramai lagi nak aku sebut. Mudah-mudahan mereka sihat-sihat selalu.

Monday, April 27, 2009

Bahasa yang Tak akan hilang.....

Salam,
Semalam saya tak tau apa nak buat. Dalam melayari blog-blog di intenet, saya terjumpa blog wakjaman, jowopinter dan blog ardzhan kalau tak silap saya. Ardzhan ni kalau tak silap org seri merlong sekampung ngan saya. Tapi orang dah senior macam saya ni, tak pasti dia ni anak siapa. Kalau dia cakap nama bapak dia mungkin saya kenal.
Dalam membaca blog ni saya tertarik kerana mereka tetap memartabatkan bahasa jawa. Saya rasa malu jugak sebab tak sama-sama menjunjung bahasa jawa yang merupakan bahasa ibundaku. Sebagai pengajar dalam bidang kejuruteraan , saya selalu bertutur dalam bahasa Melayu dan mengajar pulak dalam bahasa Inggeris. Rasa malu jugak sebab saya ni macam jawa berlagak.
Tapi kali ni saya nak juga cakap bahasa jawa , yang tetap saya tuturkan sekali sekala dengan kawan-kawan jawa.
Keluputan kulo yo konco-konco jowo. Kepingin jugak arep ngomong jowo. Rosone koyo soon habis nek omong jowo. Harap-harap konco-konco gelem ngobrol omongan jowo. njalok ngapuro yo nek omongan kulo ora betul. Podo-podo dibenaknea yo.
Anak jowo oralah teruk banget. Ramae seng pandea-pandea. Tapi nopo podo isin arep ngomong jowo. Opo terasa jowo iki cuma manggon eneng cerok wea. Ojo ngono ahh.... nek kito hebat , bangsa jowo pun hebat.... kan ngono yo. Kulo mundur disek yo? lain kali ketemu maneh.

Sunday, April 26, 2009

Sedikit pedoman - Akhlak yang baik

Asalamualaikum dan salam sejahtera,
Akhlak adalah satu sikap yang ada dalam diri manusia, yang melahirkan perbuatan yang baik,buruk ,terpuji dan tercela. Akhlak tersebut melekat menjadi tabiat jiwa kerana pengaruh pendidikan yang baik dan buruk. Dengan demikian Islam menyuruh umat kaum muslimin menghormati dan berusaha menimbulkan akhlak yang baik dalam jiwanya.
Iman seorang hamba diukur dengan keutamaan jiwanya dan Islamnya diukur dengan kebaikan akhlaknya. Allah memuji nabinya kerana memiliki akhlak yang tinggi.
Allah berfirman:
" Tolaklah ( kejahatan itu) dengan cara yang lebih baik,maka tiba-tiba orang yang antaramu dan antara dia ada permusuhan seolah-olah teman yang sangat setia "
( Fussilat [41]:34).
Dan Sabda Nabi s.a.w :
" Kebajikan itu adalah akhlak yang baik ." ( Bukhari )
Mudah-mudahan akan menjadi pedoman anak kampungku.

Wednesday, April 8, 2009

Pemimpin Bertukar Tangan...

Assalamualaikum,
Apa kabar orang seri merlong? Pemimpin kita telah bertukar? Pak Lah bersara. Harap-harap hasil orang kampung harga naik ? Taklah tertekan macam ini. Datuk Seri Najib , bantu-bantulah orang kampung . Mudah-mudahan ekonomi kembali pulih. Berdoalah....