Thursday, May 28, 2009

Sambutan hari Guru SMTBP Tahun 2009



Pada 18hb. Mei yang lalu sambutan hari guru peringkat Sekolah Menengah Teknik Batu Pahat telah diadakan. Sambutan dimulakan dengan semua guru diarak dengan paluan kompang dan bunga manggar masuk ke Dewan Sri Banang Sekolah Menengah Teknik Batu Pahat Johor. Guru-guru berjalan dengan ceria dan gembira sekali diikuti dengan temukan gemuruh oleh pelajar-pelajar yang sedia menunggu di Dewan Sri Banang.








Sambutan kali ini agak meriah sekali dengan setiap persembahan di iringi oleh kugiran pelajar-pelajar Sekolah Menengah Teknik Batu Pahat. Persembahan dimulakan dengan nyayian oleh pelajar-pelajar dikuti oleh persembahan Cikgu Ahmad Sabari dengan lagu Widuri, seterusnya Cikgu Jumari Dan Duet oleh Cikgu Ridwan dan Cikgu Hussin Bahari. Setiap Guru diberi cenderamata dan bunga sempena Hari Guru oleh JawatanKuasa pelajar.

Majlis diakhiri dengan acara memotong kek Sempena Hari Guru oleh Tuan Pengetua Tn. Hj Abd. Rahim Ahmad, GPK 1 Tn. Hj Mohyideen Bahrun, GPK HEM En. Abd Rahman Hashim dan GPK koko Pn. Hjh Maimunah Bte Mohd Sidin.




Monday, May 25, 2009

Apa-apa aje...

Minggu ini peperiksaan setengah tahun masih berjalan.Saya baru balik dari kursus di hotel Katerina selama seminggu.Banyak kerja yang menunggu yang perlu saya siapkan.Tanggung jawab perlu dilaksanakan.Banyak yang saya nak muatkan tetapi masa tak mengizinkan.Majlis hari guru pun belum saya muatkan.Hujung minggu ini pulak kejohanan softball peringkat kebangsaan akan diadakan disekolahku, di SM Teknik Batu Pahat.Insaallah saya akan muatkan untuk tatapan.

Wednesday, May 6, 2009

Saat-saat gemilang

Pada 23hb, 24hb dan 25hb April yang lalu pertandingan softbal peringkat daerah Batu Pahat telah diadakan di sekolahku iaitu sekolah menengah Teknik Batu Pahat dan di smk Munshi Sulaiman Batu Pahat. Pertandingan tersebut terdiri daripada pasukan lelaki dan pasukan perempuan dari sekolah-sekolah seluruh daerah Batu Pahat Johor.




Tidak ketinggalan sekolahku yang menyertai kategori lelaki dan perempuan. Pasukan Lelaki sekolahku telah menjadi johan Lelaki peringkat Daerah Batu Pahat Johor, manakala pasukan perempuan telah dimenangi oleh sekolah Menengah Convent Batu Pahat. Yang membangakan juga pasukan perempuan telah merangkul tempat ketiga peringkat daerah .


Syabas kepada semua pemenang. Semoga terus berjaya dengan cemerlang.

Monday, May 4, 2009

Perjalananku

Hari ini hari selasa. Aku masuk kerja agak lewat sikit kerana ada kelas petang. Masuk pukul 10.00 pagi. Perjalananku dari rumah di Semerah ke Bandar Batu Pahat melalui jalan yang agak lenggang . Cuma kawasan bandar je yang sibuk sikit. Di Kampung Kenangan Dato' Onn ada pasar tani. Berpusu-pusu orang membeli barang keperluan dan sayur sayuran yang segar.
Aku membelokkan kereta ke arah Jalan Kluang tempat dimana aku bertugas, Sek. Men. Teknik Batu Pahat. Jalan ini agak sibuk dan tersekat-sekat kerana kerja-kerja penambahan jalan. Kereta pun agak banyak sebab jalan ini banyak kilang-kilang, komplek beli belah , sekolah-sekolah, pusat pengajian Tinggi dan gerai-gerai.
Aku sampai sekolah pukul 9.45 pagi dan terus masuk ke pejabat. Suasana tenang saja sebab pelajar sedang belajar di kelas-kelas . Aku terus membuat kerja-kerja yang sepatutnya aku siapkan. Mudah-mudahan hari ini menjadi hari yang bahagia buatku. Amin....

Niat Yang tak Kesampaian

Salam..
Cuti minggu agak panjang juga. 3 hari. Aku berangan-angan juga nak balik kampung kerana katanya dikampung ada pesta kebudayaan Warisan Negeri Johor peringkat negeri. Hebat juga rasanya. Bermacam-macam kebudayaan tradisional akan berkampung di Seri Merlong. Bagus juga sekurang-kurangnya perniagaan di Seri Merlong akan mendapat tempiasnya terutama warong abang Wan dan Roti canai bang Man. Komplek di Seri Merlong Riuh rendahlah dengan bunyi bunyian alat kebudayaan Tradisional. Berangan-angan juga nak ambil gambar untuk di masukkan dalam blog ini, tapi nampaknya hajat saya nak balik kampung tak kesempaian.
Fikir punya fikir tak jadi nak balik kampung kerana minggu ini nak kena balik lagi kata abang aku. Ya tak ye jugak sebab minggu ini sepupuku En. Maulana dan Pn. Norsiah di kampung Parit Tengah Seri Merlong nak adakan majlis kenduri perkahwinan anak dia. Anak saudara akulah juga. Harap-harap majlis berjalan lancar. Ah... balik minggu ini sekalilah .
Pagi tadi aku updatekan laman blog aku. Tup....tup ada komen plak. dari siapa ni ? Rupa-rupanya dari blogger anak kampung Bagan darat Seri Merlong iaitu En. Ardzham. Memang kenal sangat dengan bapak dia. kampung tu tempat aku main-main kat situ. Ramai juga yang aku kenal, Pak Hashim, Hj Maulani, Kang Aris, Kang Janukis dan ramai lagi nak aku sebut. Mudah-mudahan mereka sihat-sihat selalu.