Friday, October 23, 2009

Hari Keluarga Familyku

Minggu lepas, semua anak-anak buahku bercuti dikampung sempena cuti hari Deepavali. Anak -anak buahku dari Melaka dan Johor Bharu semua berkumpul dikampung. Seronok sangat kalau dapat berkumpul macam ni... maklumlah masing-masing sibuk dengan tugas harian. Apa lagi kanak-kanaklah yang bergembira mengambil kesempatan untuk bermain sepuas-puasnya , tidak seperti di rumah mereka yang sentiasa di kawal dan terkurung.
Dalam bersembang-sembang tu , timbul cadangan nak buat BBQ. Lama tak buat katanya, lagi pun kami dapat mengeratkan kerjasama dalam keluarga . Bincang punya bincang , adikku bermurah hati nak menyumbang seekor kambing dan yang seorang lagi menyumbang ayam. Masing-masing bermurah hati menyumbang makanan untuk majlis tu. Kumpul punya kumpul, aduhai..... banyaknya makanan.

Aku buat rempah ayam dan adik dari JB buat kuah sos lada hitam yang di buat sendiri. Kami berkumpul dari pukul 8.00 malam sehingga 11.00 malam. Nak teruskan.... tak tahan rasanya. Perut dah bulat macam tempayan. tak boleh jadi ni.... bahaya-bahaya. Kang timbul penyakit lain pulak.
Makan sop kambing, ayam bbq dan kambing bakar dah cukup menjadikan kami tersandar. Memang power sop Mak Ina, ayam panggang cik Amat , sos kak long, sos lada hitam Cik Minah dan pekena pulak dengan air buah naga kak Senah. Fuh..... tak terkata rasanya. Aku rakamkan gambar-gambar untuk kenangan familyku.

Peace...


Anak-anak buah kesayangan kami

Alamak panas pulak api ni....

Entah apa yang diceritakan oleh kaum ibu ni....

Alamak.... kamera aku buat hal pulak....

Cik Ita ..Sop kambing ni sedap tau ..


Aku ngah nak posing ni.... tapi perut tak boleh coverlah

Aduh liatnya bang Emi, macam ni habislah gigi aku....

Macam nilah Mira... nanti hangus pulak


Sop aku dah habis ni..... harap-harap kat periuk ada lagi

Ayah punya tinggal sikit pun kau nak mintak.

Daging ni hangus pulak....

ok...ok aku dah kenyang ni

Anis .... kita ambik daging lagi nak ?

Hari Keluarga SMT Batu Pahat

Ikatan siratulrahim akan menjadikan sebuah organisasi itu cemerlang dan terbilang. Oleh yang demikian maka pihak pentadbiran dan kelab guru telah mengadakan hari keluarga SMT Batu Pahat untuk menguatkan ikatan kekeluargaan dikalangan warga SMT Batu Pahat termasuk guru, staff dan keluarga masing-masing. Disamping itu juga guru-guru dapat merapatkan hubungan antara kakitangan dan keluarga.
Majlis yang diadakan sungguh meriah sekali dan mendapat sambutan yang mengalakkan meskipun guru-guru sibuk dengan tugas dan jemputan perkahwinan saudara mara. Dalam ucapannya pengetua mengucapkan terima kasih kepada warga SMT dan keluarga kerana sanggup datang dan memeriahkan majlis pada hari itu. Mudah-mudahan dengan kehadiran keluarga akan memberi sokongan kepada suami atau isteri untuk menjalan tugas yang diamanahkan dengan cemerlang.

Kanak-kanak ada lah insan yang paling gembira, kerana disamping dapat bermain dalam sukanika , mereka juga dapat duit raya daripada pengetua. Saya sempat merakamkan gambar yang diambil pada hari tersebut.


Keluarga En. Teo dan Puan Ng

"Bila aku nak dapat anak macam ni ye.... " Husna

Cikgu Hj Kosnan dan keluarga

Penyambut Tamu Pn. Merina dan Cik Efni. Bergaya you


Sukanika anak-anak



Sukanika Guru dan Staf


Cikgu Hassan Darmawi dan keluarga


Bersama Tuan Pengetua

GPK KO-KO Pn. Hjh Maimunah dan Suami. Segak dan bergaya


Cikgu Izzudyn, Cikgu Jayati dan kaunselor En. Ghani

Majlis diadakan pada 3Hb. Oktober bermula pada jam 8.30 pagi dan berakhir pada pukul 1.00 tengahari.





Sunday, October 11, 2009

Majlis Perkhawinan cikgu Diana & Anuar

Majlis perkahwinan Cikgu Diana dan En.Anuar telah diadakan pada 3hb.Oktober 2009 , hari Sabtu di Dewan Sri Banang Sekolah Menengah Teknik Batu Pahat. Guru-guru dan pelajar bekerjasama menjayakan majlis tersebut. Saya tak dapat rewang pada hari tersebut kerana saya terpaksa ke JB kerana ada majlis yang sama di mutiara Rini. Tuan Pengetua dan isteri mewakili keluarga tuan rumah kerana kedua-dua orang tua beliau telah meninggal dunia.
Majlis diserikan dengan irama lagu-lagu 60an yang diundang khas oleh tuan rumah. Kami semua guru-guru dan pelajar ingin mengucapkan selamat Pengantin Baru semoga bahagia hingga ke anak cucu. Gambar-gambar kenangan yang dirakam.

Majlis akad Nikah




Sebahagian daripada barang hantaran


Majlis persandingan

Pasangan Dua Sejoli

Bekas Pengetua SMTBP dan sekarang Pengetua Sek. Men. Tun Fatimah JB Pn. Hajah Junaidi dan Suami turut meraikan pengantin.

Monday, October 5, 2009

Sambutan Hari Raya Sekolah Menengah Teknik Batu pahat Johor.

Sambutan Hari Raya masuk hari yang ke 16, kalau tak silap saya. Tetapi sambutan masih diadakan di merata tempat untuk meraikan saudara mara dan rakan-rakan. Tidak ketingalan pelajar-pelajar , guru-guru dan kakitangan Sekolah Menengah Teknik Batu Pahat telah mengadakan hari terbuka peringkat sekolah yang diadakan pada 2hb. Okt.2009. Pelajar dan guru-guru telah mengadakan rumah terbuka di bengkel masing-masing. Guru-guru bengkel dan pelajar bertungkus lumus menyediakan makanan yang lazat-lazat untuk dihidangkan kepada kumpulan guru, pengetua dan kakitangan sekolah yang berselawat dari bengkel ke bengkel.
Semua bengkel telah mengadakan rumah terbukanya seperti bengkel Elektrik, bengkel Elektronik, bengkel KFL, bengkel ABM, Bengkel Binaan Bangunan, bengkel PPU, bengkel Auto, bengkel kejuruteraan Mekanikal, bengkel kejuruteraan Elektrik dan bengkel kejuruteraan Awam. Berikut rentetan hari bersejarah tersebut.


Pengetua dan Penolong kanan Sedang Menjamu selera


senyuman manis guru-guru

Guru sedang menjamu selera

Pelajar perempuan sedang menjamu selera


Hey...aku ngah posing habis ni..

Sebahagian daripada guru-guru Binaan Bangunan

Jamuan Hari Raya di bilik guru






Memang meriah sambutan hari raya tahun ini. Berbaloi sampai tak muat perut. Bengkel elektrik dengan ketupat dan rendangnya, bengkel KFL dengan asam pedasnya, BB dan Auto dengan nasi Beriani gamnya, Pendidikan Khas dengan satenya, Kej.Awam dengan lontong dan rendangnya. Semoga bertambahlah keakrapan guru-guru, kakitangan sekolah dan pelajar sambil saling bermaafan. Semoga sekolah Teknik akan menjadi sekolah yang cemerlang.