- Mereka yang berpuasa akan sentiasa mendapat balasan syurga
- Mereka yang berpuasa permintaanya akan dimakbulkan oleh Allah SWT
- Mereka yang berpuasa mendapat dua kegembiraan iaitu semasa berbuka puasa dan apabila bertemu dengan Allah pada hari kiamat kelak
- Mereka yang berpuasa mendapat peliharaan Allah Swt
- Mereka yang berpuasa dengan sempurna dijanjikan akan mahligai yang indah di syurga
- Setiap kali sujud orang yang berpuasa, dikurniakan seribu tujuh ratus kebajikan, dibinakan mahligai di syurga dan tujuh puluh ribu malaikat memohon keampunan baginya dari pagi hingga petang.
Monday, August 31, 2009
Fadhilat Ramadhan
Fadhilat Ramadhan
Monday, August 17, 2009
Demam H1N1 Membimbangkan..
Negara kita sekarang dikejutkan dengan serangan wabak H1N1. Makin hari semangkin bertambah dan klinik dan hospital dibanjiri pesakit yang bertali arus. Hospital penuh sesak dan setiap hari ada saja pesakit yang mendapatkan rawatan, semoga penyakit ini akan reda dan lenyap dengan segera. Tak terkecuali aku yang sakit demam panas yang berterusan sehingga hampir 2 minggu. Banyak klinik yang telah ku kunjungi tapi sekarang penyakitku beransur-ansur reda. Aku berdoa agar sembuh dengan segera. Maklumlah nak menghadapi bulan puasa.
Banyak kerja yang tergendala , ramai yang email dan msg kenapa mendiamkan diri je. Tapi mereka tak tau yang aku sebenarnya sakit. Kedai onlineku dipenuhi dengan pesanan-pesanan cadar, baju dan keperluan untuk persediaaan raya. Maaf pelanggan-pelangganku... terima kasih kerana yakin dengan barang-barang yang ku jual. Insaallah akan ku penuhi kehendak pelanggan sekelian.
aku berdoa semoga negara kita akan terhindar dari sebarang malapetaka. Kepada rakan-rakan dan pelanggan setiaku saya ucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan dan mudah-mudahan amalan rakan sekelian akan diberi ganjaran oleh Allah Subhanallahuwataala. Amin....
Thursday, July 2, 2009
Rumah Moden gaya Tradisional
Sekarang ini ramai orang telah menjadikan rumah kediaman sebagai tempat yang menbahagiakan. Bermacam-macam gaya dan citarasa diadun untuk menjadikan rumah sebagai surga idaman. Gaya terbaru kini adalah rumah taman moden dihiasi dan direka untuk menjadi rumah tradisional.
Beberapa hari yang lalu, saya berkunjung kerumah adik di Taman mutiara Rini 2. Terasa nyaman kerana rumah dihiasi taman ala Bali dan pondok wakaf yang direka cara tradisional. Rumah kelihatan moden tetapi bercorak tradisional.
Saya sertakan gambar untuk tatapan semua.

Gambar Bahagian Depan Rumah
Pintu masuk ke ruang tamu
Bahagian tepi Wakaf
Pondok wakaf
Tuesday, June 23, 2009
Bertemu kawan lama
Hari ini aku pergi ke KL kerana menghadiri kursus Di Hotel Dynasty Kuala Lumpur selama seminggu. Dah lama juga tak ke KL.Kalau tak ada urusan memang jarang ke KL.Seronok juga ke sini kerana sekurang-kurangnya dapat mengimbas kembali kenanganku ketika belajar dulu. Namun semuanya dah berubah. Terkial-kial aku nak ke Hotel Dynasty.
Aku cuba hubungi rakan-rakanku semasa aku menuntut di Sek. Men. Teknik Muar dulu.hai..riuh rendah bila berjumpa kerana dah lebih 20 tahun tak jumpa.Alhamdulillah ramai kawan-kawan sekelas dulu yang telah berjaya jadi usahawan bertaraf jutawan.Tak sabar-sabar masing-masing bercerita tentang kisah lama semasa di sekolah dan di asrama.Kami bersembang sampai pukul 2.30 pagi di kedai mamak berhampiran hotel Dynasty.Bagus jugak kawan-kawanku dah bertaraf jutawan tapi tak kisah minum kat kedai mamak.
Cerita lama masih tak habis lagi.Semua mereka nak sambung cerita malam ini.Ada kawan-kawan lagi yang nak jumpa.Terima kasih kawan-kawanku Hamdan,Hasmuri,Md Som ,Semail,Mokhtar,Azali dan lain-lain.Hubungan siratulrahim masih utuh antara kami. Terima kasih rakan-rakanku.

Saturday, June 6, 2009
Selamat Pengantin Baru Buat Zuriatunfadzliah Bte Hj Sahdan dan Ahmad Rizuan Bin Hamid
Hari ini hari yang paling sibuk bagiku.Hari ini aku terpaksa memenuhi undangan 4 jemputan perkahwinan.Aku bertolak dari Semerah ke Kampungku Seri Merlong untuk memenuhi jemputan anak buahku dan anak didikku Zuriatunfadzliah Bte Hj Sahdan ,bekas pelajar Sek Men. Teknik Batu pahat dan pasangannya Ahmad Rizuan Bin Hamid. Selamat Pengantin Baru Semoga bahagia keanak cucu.
Aku tiba di rumah pengantin kira-kira jam 11.30 pagi.Setelah berjumpa dengan pak Cik ku Hj sahdan aku terus menjamu hidangan. Ramailah orang yang aku kenal maklumlah kampungku sendiri.Masih ku ingat nama orang-orang kampungku walau pun dah lama tak bertemu. Cuma mereka nampak makin tua, maklumlah makin berumur.
Selepas makan aku berbual dengan saudara maraku seperti Hj Sarbini, Zaidi abang sulong pengantin dan sempat bersalaman dengan En. Isa.Tapi aku tak dapat berada di situ lama kerana aku terpaksa beredar untuk memenuhi undangan-undangan yang lain.
sayang aku tak dapat melihat pengantin bersanding.Jadi tak dapatlah nak memberi gambar-gambar persandingan pengantin untuk tatapan bekas bekas pelajar SMTBP.Manalah tahu mungkin pengantin bermurah hati untuk memberi sekeping dua gambar,nanti saya akan muatkan dalam blog ini.
Aku balik sekitar jam 12.30 Tengahari meskipun terasa berat untuk meninggalkan majlis.Mudah-mudahan cepat dikurniakan cahayamata. Selamat Pengantin Baru.

Selamat Pengantin Baru Buat Mohd Shah Rizal dan Nurulliza
Cuti sekolah ini saya memang agak sibuk memenuhi undangan perkahwinan anak buah, anak murid dan jiran tetanggaku.Maklumlah biasanya cuti sekolah ini orang memang berebut-rebut untuk menyambut menantu.Pada 30hb.Mei yang lalu saya menerima jemputan perkahwinan anak buahku Mohd Shah Rizal Bin Tumin dan Nurulliza Bte Sharom di Taman Pulai Indah Skudai Johor. saya bersama-sama keluarga berada di Taman Pulai Indah Untuk meraikan majlis perkahwinan Mohd Shah Rizal dan Nurulliza.Buat Abang Izal semoga bahagia hingga ke anak Cucu.
Kepada En. Tumin dan Puan Samiah Amin,selamat menerima menantu.Saya doakan semoga semuanya bahagia hendaknya.
Kepada En. Tumin dan Puan Samiah Amin,selamat menerima menantu.Saya doakan semoga semuanya bahagia hendaknya.
Saya dan keluarga sedang menjamu selera
Pengantin sedang diarak dengan paluan kompang
Pengantin sedang bersanding
Keluargaku sedang berangkat pulang
Monday, June 1, 2009
Selamat Pengantin Baru....
Hari Sabtu 30hb.Mei 2009 , Hari bahagia buat anak didikku Dayana & Diyana Bte Abd Rahim. Pelajar Kej.Awam. Semoga Bahagia hingga ke anak cucu.
Sayang bagiku kerana saya tidak dapat hadir ke majlis persandingan di Pelican Hotel Batu Pahat Johor kerana saya berada di Taman Pulai Indah kerana ada majlis perkahwinan anak buahku. Mohon maaf kepada Abang Rahim dan Kak Khadijah kerana saya tak dapat hadir. saya doakan semoga cepat menimang cucu. Akhir kata sekali lagi cikgu ucapkan selamat pengantin baru, semoga berbahagia selalu.

Subscribe to:
Posts (Atom)