Tuesday, June 23, 2009

Bertemu kawan lama

Hari ini aku pergi ke KL kerana menghadiri kursus Di Hotel Dynasty Kuala Lumpur selama seminggu. Dah lama juga tak ke KL.Kalau tak ada urusan memang jarang ke KL.Seronok juga ke sini kerana sekurang-kurangnya dapat mengimbas kembali kenanganku ketika belajar dulu. Namun semuanya dah berubah. Terkial-kial aku nak ke Hotel Dynasty.
Aku cuba hubungi rakan-rakanku semasa aku menuntut di Sek. Men. Teknik Muar dulu.hai..riuh rendah bila berjumpa kerana dah lebih 20 tahun tak jumpa.Alhamdulillah ramai kawan-kawan sekelas dulu yang telah berjaya jadi usahawan bertaraf jutawan.Tak sabar-sabar masing-masing bercerita tentang kisah lama semasa di sekolah dan di asrama.Kami bersembang sampai pukul 2.30 pagi di kedai mamak berhampiran hotel Dynasty.Bagus jugak kawan-kawanku dah bertaraf jutawan tapi tak kisah minum kat kedai mamak.
Cerita lama masih tak habis lagi.Semua mereka nak sambung cerita malam ini.Ada kawan-kawan lagi yang nak jumpa.Terima kasih kawan-kawanku Hamdan,Hasmuri,Md Som ,Semail,Mokhtar,Azali dan lain-lain.Hubungan siratulrahim masih utuh antara kami. Terima kasih rakan-rakanku.

Saturday, June 6, 2009

Selamat Pengantin Baru Buat Zuriatunfadzliah Bte Hj Sahdan dan Ahmad Rizuan Bin Hamid

Hari ini hari yang paling sibuk bagiku.Hari ini aku terpaksa memenuhi undangan 4 jemputan perkahwinan.Aku bertolak dari Semerah ke Kampungku Seri Merlong untuk memenuhi jemputan anak buahku dan anak didikku Zuriatunfadzliah Bte Hj Sahdan ,bekas pelajar Sek Men. Teknik Batu pahat dan pasangannya Ahmad Rizuan Bin Hamid. Selamat Pengantin Baru Semoga bahagia keanak cucu.
Aku tiba di rumah pengantin kira-kira jam 11.30 pagi.Setelah berjumpa dengan pak Cik ku Hj sahdan aku terus menjamu hidangan. Ramailah orang yang aku kenal maklumlah kampungku sendiri.Masih ku ingat nama orang-orang kampungku walau pun dah lama tak bertemu. Cuma mereka nampak makin tua, maklumlah makin berumur.
Selepas makan aku berbual dengan saudara maraku seperti Hj Sarbini, Zaidi abang sulong pengantin dan sempat bersalaman dengan En. Isa.Tapi aku tak dapat berada di situ lama kerana aku terpaksa beredar untuk memenuhi undangan-undangan yang lain.
sayang aku tak dapat melihat pengantin bersanding.Jadi tak dapatlah nak memberi gambar-gambar persandingan pengantin untuk tatapan bekas bekas pelajar SMTBP.Manalah tahu mungkin pengantin bermurah hati untuk memberi sekeping dua gambar,nanti saya akan muatkan dalam blog ini.
Aku balik sekitar jam 12.30 Tengahari meskipun terasa berat untuk meninggalkan majlis.Mudah-mudahan cepat dikurniakan cahayamata. Selamat Pengantin Baru.

Selamat Pengantin Baru Buat Mohd Shah Rizal dan Nurulliza

Cuti sekolah ini saya memang agak sibuk memenuhi undangan perkahwinan anak buah, anak murid dan jiran tetanggaku.Maklumlah biasanya cuti sekolah ini orang memang berebut-rebut untuk menyambut menantu.Pada 30hb.Mei yang lalu saya menerima jemputan perkahwinan anak buahku Mohd Shah Rizal Bin Tumin dan Nurulliza Bte Sharom di Taman Pulai Indah Skudai Johor. saya bersama-sama keluarga berada di Taman Pulai Indah Untuk meraikan majlis perkahwinan Mohd Shah Rizal dan Nurulliza.Buat Abang Izal semoga bahagia hingga ke anak Cucu.
Kepada En. Tumin dan Puan Samiah Amin,selamat menerima menantu.Saya doakan semoga semuanya bahagia hendaknya.



Saya dan keluarga sedang menjamu selera


Pengantin sedang diarak dengan paluan kompang


Pengantin sedang bersanding


Keluargaku sedang berangkat pulang

Monday, June 1, 2009

Selamat Pengantin Baru....

Hari Sabtu 30hb.Mei 2009 , Hari bahagia buat anak didikku Dayana & Diyana Bte Abd Rahim. Pelajar Kej.Awam. Semoga Bahagia hingga ke anak cucu.
Sayang bagiku kerana saya tidak dapat hadir ke majlis persandingan di Pelican Hotel Batu Pahat Johor kerana saya berada di Taman Pulai Indah kerana ada majlis perkahwinan anak buahku. Mohon maaf kepada Abang Rahim dan Kak Khadijah kerana saya tak dapat hadir. saya doakan semoga cepat menimang cucu. Akhir kata sekali lagi cikgu ucapkan selamat pengantin baru, semoga berbahagia selalu.

Thursday, May 28, 2009

Sambutan hari Guru SMTBP Tahun 2009



Pada 18hb. Mei yang lalu sambutan hari guru peringkat Sekolah Menengah Teknik Batu Pahat telah diadakan. Sambutan dimulakan dengan semua guru diarak dengan paluan kompang dan bunga manggar masuk ke Dewan Sri Banang Sekolah Menengah Teknik Batu Pahat Johor. Guru-guru berjalan dengan ceria dan gembira sekali diikuti dengan temukan gemuruh oleh pelajar-pelajar yang sedia menunggu di Dewan Sri Banang.








Sambutan kali ini agak meriah sekali dengan setiap persembahan di iringi oleh kugiran pelajar-pelajar Sekolah Menengah Teknik Batu Pahat. Persembahan dimulakan dengan nyayian oleh pelajar-pelajar dikuti oleh persembahan Cikgu Ahmad Sabari dengan lagu Widuri, seterusnya Cikgu Jumari Dan Duet oleh Cikgu Ridwan dan Cikgu Hussin Bahari. Setiap Guru diberi cenderamata dan bunga sempena Hari Guru oleh JawatanKuasa pelajar.

Majlis diakhiri dengan acara memotong kek Sempena Hari Guru oleh Tuan Pengetua Tn. Hj Abd. Rahim Ahmad, GPK 1 Tn. Hj Mohyideen Bahrun, GPK HEM En. Abd Rahman Hashim dan GPK koko Pn. Hjh Maimunah Bte Mohd Sidin.




Monday, May 25, 2009

Apa-apa aje...

Minggu ini peperiksaan setengah tahun masih berjalan.Saya baru balik dari kursus di hotel Katerina selama seminggu.Banyak kerja yang menunggu yang perlu saya siapkan.Tanggung jawab perlu dilaksanakan.Banyak yang saya nak muatkan tetapi masa tak mengizinkan.Majlis hari guru pun belum saya muatkan.Hujung minggu ini pulak kejohanan softball peringkat kebangsaan akan diadakan disekolahku, di SM Teknik Batu Pahat.Insaallah saya akan muatkan untuk tatapan.

Wednesday, May 6, 2009

Saat-saat gemilang

Pada 23hb, 24hb dan 25hb April yang lalu pertandingan softbal peringkat daerah Batu Pahat telah diadakan di sekolahku iaitu sekolah menengah Teknik Batu Pahat dan di smk Munshi Sulaiman Batu Pahat. Pertandingan tersebut terdiri daripada pasukan lelaki dan pasukan perempuan dari sekolah-sekolah seluruh daerah Batu Pahat Johor.




Tidak ketinggalan sekolahku yang menyertai kategori lelaki dan perempuan. Pasukan Lelaki sekolahku telah menjadi johan Lelaki peringkat Daerah Batu Pahat Johor, manakala pasukan perempuan telah dimenangi oleh sekolah Menengah Convent Batu Pahat. Yang membangakan juga pasukan perempuan telah merangkul tempat ketiga peringkat daerah .


Syabas kepada semua pemenang. Semoga terus berjaya dengan cemerlang.