Friday, October 23, 2009

Hari Keluarga SMT Batu Pahat

Ikatan siratulrahim akan menjadikan sebuah organisasi itu cemerlang dan terbilang. Oleh yang demikian maka pihak pentadbiran dan kelab guru telah mengadakan hari keluarga SMT Batu Pahat untuk menguatkan ikatan kekeluargaan dikalangan warga SMT Batu Pahat termasuk guru, staff dan keluarga masing-masing. Disamping itu juga guru-guru dapat merapatkan hubungan antara kakitangan dan keluarga.
Majlis yang diadakan sungguh meriah sekali dan mendapat sambutan yang mengalakkan meskipun guru-guru sibuk dengan tugas dan jemputan perkahwinan saudara mara. Dalam ucapannya pengetua mengucapkan terima kasih kepada warga SMT dan keluarga kerana sanggup datang dan memeriahkan majlis pada hari itu. Mudah-mudahan dengan kehadiran keluarga akan memberi sokongan kepada suami atau isteri untuk menjalan tugas yang diamanahkan dengan cemerlang.

Kanak-kanak ada lah insan yang paling gembira, kerana disamping dapat bermain dalam sukanika , mereka juga dapat duit raya daripada pengetua. Saya sempat merakamkan gambar yang diambil pada hari tersebut.


Keluarga En. Teo dan Puan Ng

"Bila aku nak dapat anak macam ni ye.... " Husna

Cikgu Hj Kosnan dan keluarga

Penyambut Tamu Pn. Merina dan Cik Efni. Bergaya you


Sukanika anak-anak



Sukanika Guru dan Staf


Cikgu Hassan Darmawi dan keluarga


Bersama Tuan Pengetua

GPK KO-KO Pn. Hjh Maimunah dan Suami. Segak dan bergaya


Cikgu Izzudyn, Cikgu Jayati dan kaunselor En. Ghani

Majlis diadakan pada 3Hb. Oktober bermula pada jam 8.30 pagi dan berakhir pada pukul 1.00 tengahari.





Sunday, October 11, 2009

Majlis Perkhawinan cikgu Diana & Anuar

Majlis perkahwinan Cikgu Diana dan En.Anuar telah diadakan pada 3hb.Oktober 2009 , hari Sabtu di Dewan Sri Banang Sekolah Menengah Teknik Batu Pahat. Guru-guru dan pelajar bekerjasama menjayakan majlis tersebut. Saya tak dapat rewang pada hari tersebut kerana saya terpaksa ke JB kerana ada majlis yang sama di mutiara Rini. Tuan Pengetua dan isteri mewakili keluarga tuan rumah kerana kedua-dua orang tua beliau telah meninggal dunia.
Majlis diserikan dengan irama lagu-lagu 60an yang diundang khas oleh tuan rumah. Kami semua guru-guru dan pelajar ingin mengucapkan selamat Pengantin Baru semoga bahagia hingga ke anak cucu. Gambar-gambar kenangan yang dirakam.

Majlis akad Nikah




Sebahagian daripada barang hantaran


Majlis persandingan

Pasangan Dua Sejoli

Bekas Pengetua SMTBP dan sekarang Pengetua Sek. Men. Tun Fatimah JB Pn. Hajah Junaidi dan Suami turut meraikan pengantin.

Monday, October 5, 2009

Sambutan Hari Raya Sekolah Menengah Teknik Batu pahat Johor.

Sambutan Hari Raya masuk hari yang ke 16, kalau tak silap saya. Tetapi sambutan masih diadakan di merata tempat untuk meraikan saudara mara dan rakan-rakan. Tidak ketingalan pelajar-pelajar , guru-guru dan kakitangan Sekolah Menengah Teknik Batu Pahat telah mengadakan hari terbuka peringkat sekolah yang diadakan pada 2hb. Okt.2009. Pelajar dan guru-guru telah mengadakan rumah terbuka di bengkel masing-masing. Guru-guru bengkel dan pelajar bertungkus lumus menyediakan makanan yang lazat-lazat untuk dihidangkan kepada kumpulan guru, pengetua dan kakitangan sekolah yang berselawat dari bengkel ke bengkel.
Semua bengkel telah mengadakan rumah terbukanya seperti bengkel Elektrik, bengkel Elektronik, bengkel KFL, bengkel ABM, Bengkel Binaan Bangunan, bengkel PPU, bengkel Auto, bengkel kejuruteraan Mekanikal, bengkel kejuruteraan Elektrik dan bengkel kejuruteraan Awam. Berikut rentetan hari bersejarah tersebut.


Pengetua dan Penolong kanan Sedang Menjamu selera


senyuman manis guru-guru

Guru sedang menjamu selera

Pelajar perempuan sedang menjamu selera


Hey...aku ngah posing habis ni..

Sebahagian daripada guru-guru Binaan Bangunan

Jamuan Hari Raya di bilik guru






Memang meriah sambutan hari raya tahun ini. Berbaloi sampai tak muat perut. Bengkel elektrik dengan ketupat dan rendangnya, bengkel KFL dengan asam pedasnya, BB dan Auto dengan nasi Beriani gamnya, Pendidikan Khas dengan satenya, Kej.Awam dengan lontong dan rendangnya. Semoga bertambahlah keakrapan guru-guru, kakitangan sekolah dan pelajar sambil saling bermaafan. Semoga sekolah Teknik akan menjadi sekolah yang cemerlang.

Tuesday, September 29, 2009

Hari Raya

Hari raya telah menjejaki hari ke 10. Saya rasa terlalu cepat berlalu. Tak sempat pun nak menziarahi rakan dan taulan. Sibuk dengan baraan dan marhaban. Raya kali ini nampak begitu meriah, almaklumlah ekonomi telah semangkin pulih. Tapi harus ingat jangan sampai berhabis duit , nanti kita juga yang rugi. Berpada-padalah kalau berbelanja.
Hari raya pertama saya balik ke Seri Merlong. Pergi menziarahi kubur ayah dan keluarga. Singgah beraya di rumah pak cik Aini dan Mak Nah di Pt. Gantong. Dapat jumpa juga sepupuku yang tinggal di Kuantan, lama tak jumpa.Tapi sayang rakan-rakan dulu ramai yang dah tiada di kampung. Tak nampak batang hidung pun mereka. Mungkin mereka juga sibuk.Petang balik ke semerah . Raya kedua dan ketiga ada marhaban dari rumah ke rumah. Biasanya ditempat tinggalku marhaban diadakan pada hari raya kedua. Berziarah dari rumah ke rumah.
Raya keempat saya bercadang nak balik ke Seri Merlong, tapi ada halangan. Pak Cik isteriku meninggal dunia, Tuan Hj kamit Bin Marjo. Mudah-mudahan Pak Cikku akan diletakkan dalam golongan orang-orang yang beriman. Amin...
Raya keenam saya balik Seri Merlong. sampai rumah Mak rehat dan pergi sembahyang Jumaat. Kebetulan rumah emakku sebelah masjid seri Merlong.petang menziarahi Pak cikku Hj Hasbullah di Pt gantong. Lepas tu saya pergi Pt Tengah menziarahi makcikku dan mak udaku Banon terus saya balik semerah.
Sekarang dah mula kerja. Dapat jumpa rakan-rakan dan saling bermaafan. Begitulah rutin kita setiap tahun. Semoga kita dapat jumpa lagi tahun depan. Kesempatan ini saya ingin mengucapkan Selamat hari raya maaf Zahir dan batin kepada Pak Cik saya di Shah Alam Dato' Sumadi Bin Hj Ismail serta keluarga, Semua keluarga di Pt 7, Sungai Leman Sekinchan Selangor, kepada rakan-rakan di Seri Merlong Rengit Batu Pahat Johor, bekas anak-anak murid saya dan rakan-rakan yang mengunjungi blog saya dan seluruh kaum muslimin dan muslimat di Malaysia.

Monday, September 14, 2009

Persediaan Hari Raya

Semalam aku pergi merayap mencari barang keperluan hari raya. Aduh.....kopak banyak juga poket aku. Tapi disebabkan setahun sekali , aku pun hulur juga pada juruwang. Tapi masaalahnya nak bayar pun susah. Berbaris orang menunggu. Yang sedihnya dalam bulan puasa ni ramai yang tak faham bahasa. Tak jaga perasaan orang. Suka-suka aje potong Q. Dah tu tak sabar pulak. nak marah-marah pada orang kaunter. Hai....sabarlah.... puasa bukan saja menahan diri dari makan dan minum tapi juga menahan diri dari sifat amarah, tamak, bongkak dan haloba.
Selesai shoping aku pergi kedai kain pulak. Orang rumah nak cari alas meja . Hai...lenguhnya kaki aku. Orang perempuan ni memanglah , kalau nak shoping tak cukup 3 jam. Lepaklah aku macam ni. Sambil menunggu orang rumah membelek kain aku tunggulah kat depan kedai, melihat gelegat manusia yang sibuk membeli belah.
Sambil melihat gelagat orang , pandanganku terlihat beberapa orang yang sedang bekerja memasang devider jalan. Panas terik macam ni bertungkus lumus mencari rezeki. Tapi yang paling sedih dibulan ramadhan ni , minum ditempat terbuka macam tak ada apa-apa. Orang melayu dan beragama islam pulak . Kita pun faham jugak kalau panas terik dan kerja macam ni memang tak tahan berpuasa. Tapi jangan nak ditunjuk-tunjuk pada orang. Jagalah maruah dan martabat diri... hai apalah yang nak jadi pada manusia jenis ini.
Bila dah penat shoping aku pergilah bazaar ramadhan di kampung Dato' Onn. Nak masak pun dah tak sempat. Mana taknya pusing keliling bandar batu pahat mana tak lepak. Aku dan orang rumah terpingga-pingga nak beli apa. Banyak sangat makanan. Berbagai-bagai makanan dah cuba sampai tak tau nak makan apa hari ini. Aku cakap dengan orang rumah aku, sambar apa-apa ajelah. Aku pun sambar nasi kerabu , sedikit lauk dan juga air. Hai...mewahnya kita ni. macam-macam dapat rasa makanan. Kesihan saudara-saudara kita yang berada di negara miskin. Nak makan pun payah.
Syukur pada Allah yang memberi kenikmatan kepada kita. Semoga aku menjadi orang yang sentiasa bersyukur dan mengingatimu ya Allah. Amin....

Monday, August 31, 2009

Fadhilat Ramadhan

Fadhilat Ramadhan

  1. Mereka yang berpuasa akan sentiasa mendapat balasan syurga
  2. Mereka yang berpuasa permintaanya akan dimakbulkan oleh Allah SWT
  3. Mereka yang berpuasa mendapat dua kegembiraan iaitu semasa berbuka puasa dan apabila bertemu dengan Allah pada hari kiamat kelak
  4. Mereka yang berpuasa mendapat peliharaan Allah Swt
  5. Mereka yang berpuasa dengan sempurna dijanjikan akan mahligai yang indah di syurga
  6. Setiap kali sujud orang yang berpuasa, dikurniakan seribu tujuh ratus kebajikan, dibinakan mahligai di syurga dan tujuh puluh ribu malaikat memohon keampunan baginya dari pagi hingga petang.

Monday, August 17, 2009

Demam H1N1 Membimbangkan..

Negara kita sekarang dikejutkan dengan serangan wabak H1N1. Makin hari semangkin bertambah dan klinik dan hospital dibanjiri pesakit yang bertali arus. Hospital penuh sesak dan setiap hari ada saja pesakit yang mendapatkan rawatan, semoga penyakit ini akan reda dan lenyap dengan segera. Tak terkecuali aku yang sakit demam panas yang berterusan sehingga hampir 2 minggu. Banyak klinik yang telah ku kunjungi tapi sekarang penyakitku beransur-ansur reda. Aku berdoa agar sembuh dengan segera. Maklumlah nak menghadapi bulan puasa.
Banyak kerja yang tergendala , ramai yang email dan msg kenapa mendiamkan diri je. Tapi mereka tak tau yang aku sebenarnya sakit. Kedai onlineku dipenuhi dengan pesanan-pesanan cadar, baju dan keperluan untuk persediaaan raya. Maaf pelanggan-pelangganku... terima kasih kerana yakin dengan barang-barang yang ku jual. Insaallah akan ku penuhi kehendak pelanggan sekelian.
aku berdoa semoga negara kita akan terhindar dari sebarang malapetaka. Kepada rakan-rakan dan pelanggan setiaku saya ucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan dan mudah-mudahan amalan rakan sekelian akan diberi ganjaran oleh Allah Subhanallahuwataala. Amin....